Cemana pandangan saya tentang cinta? Cinta, bagi saya adalah satu perasaan yang membahagiakan.
Dalam hati ini saya tekad mencintai seseorang kekasih kerana Allah.
Sebab, kebahagiaan yang saya rasa dari mencintai dirinya akan bertukar
menjadi pendorong untuk saya beribadah dengan lebih rajin lagi.
Segala-gala yang saya lakukan, saya niatkan sebagai ibadah, termasuklah
bekerja, berblog, bercinta.
Menulis sebuah blog adalah sebuah ibadah buat diri saya
kerana saya meniatkannya begitu. Tiap kali berblog, saya mulakan dengan
niat melakukannya kerana Allah dan untuk memberi manfaat sesama manusia,
khususnya buat Anda sebagai sahabat saya.
Cinta membuat apa saja yang kita lakukan jadi manis, jadi ringan,
jadi senang. Kebahagiaan bercinta membuat hati tenang, girang dan kita
berubah jadi periang. Dari sikap periang tu, muncul curahan idea yang
tak pernah ada keringnya.
Emosi bahagia yang timbul dek penangan cinta membuat kita ‘feel good’
sentiasa. Melakukan sesuatu sebagai ibadah hanya kerana Allah juga
membuat kita tenang, lantas membuat kita ‘feel good’sentiasa sama
seperti perasaan tadi – kita rasa bebas dari tekanan, bebas dari
menanggung permasalahan.
Bayangkan kesannya pada diri kita apabila kita gabungkan kedua-dua
elemen ini – bahagia kerana cinta sesama manusia, bahagia dek penangan
cinta kerana merasa diri kita seorang hamba pada Allah Yang Maha Esa.
Dah tentu kesannya membuat kita bersemangat sentiasa. Bukankah begitu?
Tiap kali Anda sedang mencari inspirasi, carilah cinta. Tiap kali Anda kehilangan inspirasi, carilah Allah Yang Maha Esa.
Gabungkan rasa kehambaan pada Tuhan dengan rasa cinta pada si dia
kekasih Anda, pasti inspirasi muncul tiba-tiba. Apa saja yang kita
lakukan, pasti terlaksana dengan penuh rasa ‘gumbira’.
Mencari gembira sebenarnya tak susah, janji kita tahu caranya.
Dekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa, positifkan perasaan kita tiap
kali fikiran kita mengingati wajah si dia kekasih kita. Niatkan di hati
untuk membahagiakan si dia, bukan untuk memainkan perasaannya. Niatkan
cinta kita padanya kerana Allah, kerana Allah menjadikan kita
berpasang-pasangan untuk saling mengenali di antara satu sama lain,
untuk jadi peneman di antara satu sama lain.
Kesannya, kita kurang bermasalah dalam bercinta sebab cinta kita
diiringi dengan keredhaan dari Yang Maha Esa. Tak ada sikap
merajuk-rajuk, tak ada sikap minta di pujuk-pujuk.
Tak ada cinta bersyarat, tak ada cinta yang tak berkesudahan dengan ikatan pernikahan. Cinta kita jadi bahagia akhirnya.
Gabungkan dua elemen cinta ini di dalam hati Anda – cinta pada Allah, cinta pada sesama manusia. Kita sendiri tak akan mampu mengungkapkan kesan dari merasai kemanisannya.
Si dia sangat minat hello Kitty nih .. :-) .. comel macam dia laaa .. hehe

No comments:
Post a Comment