Sunday, 26 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
Happy Or Sad or What I feel Today ?
Hallo everybody .. gaga .. baru rajin mau update ini blog .. huuu ..
Oke today .. What I feel ? .. hepi ada juga .. sedih tu macam ada .. macam2 ada ..
Hepi sbb mmang aq hepi wah hari nie ..
Sedih sbb HP terasa subyi saja .. no text from someone .. klau aq msej dia pun .. bukannya nak balas .. balas pn pndek2 .. hehe .. nda apalah .. bz bha kali .. alaa .. klau x bz .. 2x5 jak pun ..
Satu lagi .. hari nie pening bebeno eyh .. kelas Pendidikan kanak-kanak tu .. aiyooo .. banyak fakta betul .. jadi troll sudah dalam kelas tu ..
Oke today .. What I feel ? .. hepi ada juga .. sedih tu macam ada .. macam2 ada ..
Hepi sbb mmang aq hepi wah hari nie ..
Sedih sbb HP terasa subyi saja .. no text from someone .. klau aq msej dia pun .. bukannya nak balas .. balas pn pndek2 .. hehe .. nda apalah .. bz bha kali .. alaa .. klau x bz .. 2x5 jak pun ..
Satu lagi .. hari nie pening bebeno eyh .. kelas Pendidikan kanak-kanak tu .. aiyooo .. banyak fakta betul .. jadi troll sudah dalam kelas tu ..
Haha .. jadi trollface masa kelas PKK tadi .. blurr2 bila ditanya ..
Esok khamis .. lagi padat kelas .. aiyooo .. pening2 ...
Saturday, 18 February 2012
Sakit melanda kembali .. huuu ..
Setelah baru beberapa hari sihat dari demam ..
Sekarang demam datang kembali .. tapi lagi teruk .. huu .. kepala terasa sangat berat macam ada batu yang diikat atas kepala .. huhu ..
Nak makan ubat? .. ubat da habis ..
Mungkin ini satu Ujian .. apapun mesti dihadapi dengan tabah ..
:-) .. walaupun sakit .. jangan lupa senyum ...
Sekarang demam datang kembali .. tapi lagi teruk .. huu .. kepala terasa sangat berat macam ada batu yang diikat atas kepala .. huhu ..
Nak makan ubat? .. ubat da habis ..
Mungkin ini satu Ujian .. apapun mesti dihadapi dengan tabah ..
:-) .. walaupun sakit .. jangan lupa senyum ...
Demam2 pun masih boleh senyum .. huhe ..
What to Do In Saturday ? ArggHH!
HalLow all ..
hari sabtu .. errrr .. what to do ?
Shopping? Online ? Sleep ? Eat ? else ?
Warrgghh .. x tahu apa nak dibuat bila cuti nie .. bila x cuti .. mcm2 plak nak dibuat .. haha .. pelik kan ..
Bila dtengok di FB .. ada2 saja yang post mengatakan boringnya hari sabtu .. x ada apa nak dibuat ..
Hehe .. dah tahu boring tu .. buatlah something yang seronok or "siuk" org Brunei bepadah ..
Macam aq nie nanti .. kalau boring selalunya aq karaoke sorang2 dibilik .. (walaupun suara nie x lah sedap macam Jamal Abdillah .. Tapi macam Anuar Zain tu lagilah x ada .. Just my own voice .. hehe )
Satu perkara lagi .. aq guling2 kat tilam tu .. guling kanan .. guling kiri .. x tau apa nak dibuat ..
hehe .. korang2 kalau boring pula mcmana? mesti ada benda yang korang buat tuk menghilangkan rasa boring tu kn? Share2lah juga ..
Apapun .. Keep Smiling .. :-) .. mcm yg aq kata kat si dia .. dia kalu senyum .. comel .. hehe .. suka bila tgok dia tu senyum .. yalah kan .. senyum itu sedekah .. jadi banyakkan senyuman ...
Tapi ada sesetengah orang .. x tahu lah sapa .. haha .. kalu senyum .. mesti dia fikir lain .. "ish, nak ngorat le tuh " .. hehe .. x semua orang macam tu laa ..
K lah .. sini saja coretan ku .. mau layan Pelangi senja lu .. Peace x de perang ..
hari sabtu .. errrr .. what to do ?
Shopping? Online ? Sleep ? Eat ? else ?
Warrgghh .. x tahu apa nak dibuat bila cuti nie .. bila x cuti .. mcm2 plak nak dibuat .. haha .. pelik kan ..
Bila dtengok di FB .. ada2 saja yang post mengatakan boringnya hari sabtu .. x ada apa nak dibuat ..
Hehe .. dah tahu boring tu .. buatlah something yang seronok or "siuk" org Brunei bepadah ..
Macam aq nie nanti .. kalau boring selalunya aq karaoke sorang2 dibilik .. (walaupun suara nie x lah sedap macam Jamal Abdillah .. Tapi macam Anuar Zain tu lagilah x ada .. Just my own voice .. hehe )
Satu perkara lagi .. aq guling2 kat tilam tu .. guling kanan .. guling kiri .. x tau apa nak dibuat ..
hehe .. korang2 kalau boring pula mcmana? mesti ada benda yang korang buat tuk menghilangkan rasa boring tu kn? Share2lah juga ..
Apapun .. Keep Smiling .. :-) .. mcm yg aq kata kat si dia .. dia kalu senyum .. comel .. hehe .. suka bila tgok dia tu senyum .. yalah kan .. senyum itu sedekah .. jadi banyakkan senyuman ...
Tapi ada sesetengah orang .. x tahu lah sapa .. haha .. kalu senyum .. mesti dia fikir lain .. "ish, nak ngorat le tuh " .. hehe .. x semua orang macam tu laa ..
K lah .. sini saja coretan ku .. mau layan Pelangi senja lu .. Peace x de perang ..
Friday, 17 February 2012
Tip cinta Yang Paling mantop !
Cemana pandangan saya tentang cinta? Cinta, bagi saya adalah satu perasaan yang membahagiakan.
Dalam hati ini saya tekad mencintai seseorang kekasih kerana Allah.
Sebab, kebahagiaan yang saya rasa dari mencintai dirinya akan bertukar
menjadi pendorong untuk saya beribadah dengan lebih rajin lagi.
Segala-gala yang saya lakukan, saya niatkan sebagai ibadah, termasuklah
bekerja, berblog, bercinta.
Menulis sebuah blog adalah sebuah ibadah buat diri saya
kerana saya meniatkannya begitu. Tiap kali berblog, saya mulakan dengan
niat melakukannya kerana Allah dan untuk memberi manfaat sesama manusia,
khususnya buat Anda sebagai sahabat saya.
Cinta membuat apa saja yang kita lakukan jadi manis, jadi ringan,
jadi senang. Kebahagiaan bercinta membuat hati tenang, girang dan kita
berubah jadi periang. Dari sikap periang tu, muncul curahan idea yang
tak pernah ada keringnya.
Emosi bahagia yang timbul dek penangan cinta membuat kita ‘feel good’
sentiasa. Melakukan sesuatu sebagai ibadah hanya kerana Allah juga
membuat kita tenang, lantas membuat kita ‘feel good’sentiasa sama
seperti perasaan tadi – kita rasa bebas dari tekanan, bebas dari
menanggung permasalahan.
Bayangkan kesannya pada diri kita apabila kita gabungkan kedua-dua
elemen ini – bahagia kerana cinta sesama manusia, bahagia dek penangan
cinta kerana merasa diri kita seorang hamba pada Allah Yang Maha Esa.
Dah tentu kesannya membuat kita bersemangat sentiasa. Bukankah begitu?
Tiap kali Anda sedang mencari inspirasi, carilah cinta. Tiap kali Anda kehilangan inspirasi, carilah Allah Yang Maha Esa.
Gabungkan rasa kehambaan pada Tuhan dengan rasa cinta pada si dia
kekasih Anda, pasti inspirasi muncul tiba-tiba. Apa saja yang kita
lakukan, pasti terlaksana dengan penuh rasa ‘gumbira’.
Mencari gembira sebenarnya tak susah, janji kita tahu caranya.
Dekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa, positifkan perasaan kita tiap
kali fikiran kita mengingati wajah si dia kekasih kita. Niatkan di hati
untuk membahagiakan si dia, bukan untuk memainkan perasaannya. Niatkan
cinta kita padanya kerana Allah, kerana Allah menjadikan kita
berpasang-pasangan untuk saling mengenali di antara satu sama lain,
untuk jadi peneman di antara satu sama lain.
Kesannya, kita kurang bermasalah dalam bercinta sebab cinta kita
diiringi dengan keredhaan dari Yang Maha Esa. Tak ada sikap
merajuk-rajuk, tak ada sikap minta di pujuk-pujuk.
Tak ada cinta bersyarat, tak ada cinta yang tak berkesudahan dengan ikatan pernikahan. Cinta kita jadi bahagia akhirnya.
Gabungkan dua elemen cinta ini di dalam hati Anda – cinta pada Allah, cinta pada sesama manusia. Kita sendiri tak akan mampu mengungkapkan kesan dari merasai kemanisannya.
Si dia sangat minat hello Kitty nih .. :-) .. comel macam dia laaa .. hehe
Borang portfolio PBS
Oke ini untuk rakan2 math 1 .. boleh download portfolio nie untuk dimasukkan kedalam fail PBS nanti ..
Download sini ..
Download sini ..
4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita
Di
akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita
dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”..!!!!
Thursday, 16 February 2012
KEsan dan pengaruh islam dalam tanah melayu
Oke ini merupakan percubaan pertama untuk tugasan presentation kita .. boleh download di link dbawah eyh ..
Download sini ..
Download sini ..
Untuk Bakal IsTeri tersayang .. :-) .. Dan isteri2 diluar sana ..
Untuk isteri tersayang ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
by: Idris Bald
TIpS nak Jadi Happy . :-)
Kesegaran dan minda positif hari mampu
menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam
membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan
gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. BersyukurBersyukur kerana anda masih
diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara
kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi
melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada
yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan
mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya
tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.4.
Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap
tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat
menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orangSebelum dan
selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita.
Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup.
Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan
lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan
berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai
pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan
kita.
- Artikel iluvislam.comCara memotong kuku yang dianjurkan oleh Islam
Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).
Kuku yang diciptakan Allah S.W.T mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang untuk sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini.
1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:
"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,bersuci dengan air (beristinjak), berkata Zakaria : berkata Mus'ab: Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.
Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segalakotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.
2. Cara Untuk Memotong Kuku mengikut Sunnah
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanankeseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya:
Maksudnya: "Bersabda Rasulullah S.A.W. : "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya:
"Bahawasanya Rasulullah S.A.W. memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)
Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.
Rasulullah S.A.W Bersabda : yang bermaksud barangsiapa yang mengerat kukunya pada;
Hari Sabtu | Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. |
Hari Ahad | Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. |
Hari Isnin | Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat. |
Hari Selasa | Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit. |
Hari Rabu | Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. |
Hari Khamis | Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. |
Hari Jumaat | Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. |
4. Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
Sumber : http://misteriousgrapersz.blogspot.com/2012/02/cara-memotong-kuku-yang-dianjurkan.html
Oooo Miss E !
Hehe kalau lah dia baca nie .. gembiranya aq .. aq tau sekarang dia marah aq atas kedegilanku .. aq mnta maaf sangat pada dia .. aq mnambahkn lagi sakit di hati dia .. x tahu dia akan maafkan aq kah tidak .. banyak sangat dh salah aq rah dia .. huhuhu .. ..
Miss E .. tengok nie ..
sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqr t(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.0 1, sqrt(6-x^2), -sqrt(6-x^2) from -4.5 to 4.5
Miss E .. tengok nie ..
sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqr
Wednesday, 15 February 2012
Rajuk dihati ini ..
Lagu ini sememangnya khas ku tujukan buat sidia disana ..
Melihatkan kejahilan mu
Menangislah pula hatiku
Tak terucap aku
Menegur mu
Aku bukannya orang lain
Tapi paling dekat dengan mu
Bila ku bersuara pasti lain
Jadinya
Bila ku pendamkan
Sedih ku ini
Semakin dalam rajuk di hati
Pernah ku menegur
Kesilapanmu
Kesudahannya tiada berkesan
Ku hanya memandang
Dunia yang engkau kejarkan
Itu yang akan ditinggalkan
Bila di hujung jalan
Timbullah kekesalan
Walau kau menangis
Walau kau merintih
Tapi segalanya sudah
Terlewat
Melihatkan kejahilan mu
Menangislah pula hatiku
Tak terucap aku
Menegur mu
Aku bukannya orang lain
Tapi paling dekat dengan mu
Bila ku bersuara pasti lain
Jadinya
Bila ku pendamkan
Sedih ku ini
Semakin dalam rajuk di hati
Pernah ku menegur
Kesilapanmu
Kesudahannya tiada berkesan
Ku hanya memandang
Dunia yang engkau kejarkan
Itu yang akan ditinggalkan
Bila di hujung jalan
Timbullah kekesalan
Walau kau menangis
Walau kau merintih
Tapi segalanya sudah
Terlewat
Tuesday, 14 February 2012
7 Cara Kempiskan Perut Buncit
7 Cara Kempiskan Perut Buncit | Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Peringatan .. hehe .. :-p
Saturday, 11 February 2012
1st Anniversary ..
Tepat jam 12 tengah malam ini .. genaplah 1 tahun aku ngan si dia .. :-)
Alhamdulillah .. kami berdua bahagia bersama .. walaupun adakalanya ketidaksefahaman berlaku antara aq dan dia ..
Tapi tidak akan manis satu perhubungan itu jika tiadanya benda2 yang macamtu berlaku .. Anda pun rasa macamtu kn ? .. :-) ..
Aq mencintai dia bukanlah kerana hendak mempermainkan perasaan .. niatku adalah ikhlas untuk menjadikan dia teman hidupku suatu hari nanti .. Tapi atas sebab masih dalam belajar .. kami amalkan "elek2 lu" .. masing2 punya impian untuk berjaya dan membahagiakan kedua orang tua yang telah bersusah-payah membesarkan kita .. apa salahnya jika kita bahagiakan mereka yang telah banyak berkorban untuk kita ..
Tapi InsyaAllah .. Aq bermohon pada Allah agar kami dijodohkan bersama .. Tapi jika dirinya bukan milikku .. Terima seadanya .. harap hbungan kami semakin baik dan diredhaiNya .. Amin ..
Berikut merupakan lagu yang memang bermakna bagi pasangan2 diluar sana .. :-) ..
Permata yang dicari ..
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Alhamdulillah .. kami berdua bahagia bersama .. walaupun adakalanya ketidaksefahaman berlaku antara aq dan dia ..
Tapi tidak akan manis satu perhubungan itu jika tiadanya benda2 yang macamtu berlaku .. Anda pun rasa macamtu kn ? .. :-) ..
Aq mencintai dia bukanlah kerana hendak mempermainkan perasaan .. niatku adalah ikhlas untuk menjadikan dia teman hidupku suatu hari nanti .. Tapi atas sebab masih dalam belajar .. kami amalkan "elek2 lu" .. masing2 punya impian untuk berjaya dan membahagiakan kedua orang tua yang telah bersusah-payah membesarkan kita .. apa salahnya jika kita bahagiakan mereka yang telah banyak berkorban untuk kita ..
Tapi InsyaAllah .. Aq bermohon pada Allah agar kami dijodohkan bersama .. Tapi jika dirinya bukan milikku .. Terima seadanya .. harap hbungan kami semakin baik dan diredhaiNya .. Amin ..
Berikut merupakan lagu yang memang bermakna bagi pasangan2 diluar sana .. :-) ..
Permata yang dicari ..
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Subscribe to:
Comments (Atom)







